Urus Disiplin Dengan Profesional: Siasat Dengan Tepat, Buat Keputusan Dengan Yakin
Pengurusan salahlaku di tempat kerja memerlukan pendekatan yang jelas, adil dan mematuhi prosedur yang betul. Tanpa pengetahuan yang tepat, tindakan tatatertib boleh menyebabkan pertikaian dan risiko undang-undang.
Kursus ini membantu peserta memahami cara mengurus kes disiplin dan menjalankan Siasatan Dalaman Disiplin (SDD) secara profesional. Peserta akan belajar mengenalpasti jenis salahlaku, mengambil tindakan yang sesuai serta mengendalikan proses siasatan dengan teratur dan berkesan.
Selain itu, peserta juga akan memahami peranan Pegawai Penyiasat, Pegawai Pendakwaan dan Ahli Panel SDD, serta bagaimana merancang dan melaksanakan siasatan secara sistematik. Latihan ini membantu organisasi memastikan setiap tindakan adalah adil, telus dan mematuhi keperluan undang-undang.
Siapa Patut Hadir
Pengurus, penyelia, profesional HR, pengamal perhubungan perusahaan, ketua pasukan dan ketua jabatan yang terlibat dalam pengurusan disiplin dan siasatan dalaman.
Hasil Pembelajaran
Peserta akan mampu mengenalpasti salahlaku, mengurus tindakan tatatertib dengan betul, menjalankan SDD secara sistematik serta membuat keputusan dengan lebih yakin dan profesional.
Pertanyaan & Pendaftaran
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
Email:
sales@advancesynergy.com.my
hr@advancesynergy.com.my
Iedayu@advancesynergy.com.my
Phone: 013-388 1716 & 019-366 1716






















