Satu pengalaman penuh energi, cabaran dan semangat berpasukan!
Program Reteam to Succeed direka untuk memperkukuh hubungan antara rakan sekerja, membina kepercayaan dan meningkatkan semangat berpasukan dalam organisasi. Seramai 40 orang dan dibahagi 3 kumpulan. Melalui pelbagai aktiviti team building yang interaktif, peserta berpeluang mengasah kemahiran komunikasi, membina networking dan mengukuhkan kerjasama.
Sepanjang program, peserta dicabar untuk berfikir secara strategik, menyelesaikan cabaran bersama dan mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan dalam pasukan masing-masing. Setiap aktiviti membawa mesej penting bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada individu, tetapi juga pada komunikasi, kerjasama dan matlamat yang dikongsi bersama.
Lebih daripada sekadar aktiviti menyeronokkan, program ini turut menekankan kepentingan menyelaraskan matlamat individu, pasukan dan organisasi bagi membina budaya kerja yang positif, meningkatkan motivasi serta mencapai prestasi yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama yang dibina terus dibawa ke tempat kerja dan menjadi pemangkin kepada kejayaan bersama!
Inilah semangat Reteam to Succeed apabila kita bergerak sebagai satu pasukan, kita mampu mencapai lebih banyak kejayaan bersama!
Pertanyaan & Pendaftaran
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
Email:
sales@advancesynergy.com.my
hr@advancesynergy.com.my
Iedayu@advancesynergy.com.my
Phone:
013-388 1716 & 019-3661716





































































