Satu perjalanan yang penuh tenaga, gelak tawa dan semangat berpasukan!
Program Team Building Explorace bersama KKM kali ini berlangsung dengan penuh meriah di suasana alam semula jadi yang mendamaikan di Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali. Seramai 35 peserta, dibahagikan kepada 3 kumpulan, telah memberikan komitmen luar biasa sepanjang aktiviti explorace yang mencabar minda dan menguji kerjasama pasukan.
Di bawah kendalian Master Trainer, En. Taufiq, serta sokongan padu daripada fasilitator hebat Advance Synergy, setiap checkpoint berjaya dihidupkan dengan aktiviti yang interaktif, fun dan penuh makna. Dari awal hingga akhir, jelas terpancar semangat teamwork, komunikasi dan leadership dalam setiap kumpulan.
Bermula tepat jam 8.30 pagi, para peserta memulakan misi mereka dengan penuh strategi dan keterujaan. Walaupun diuji dengan cabaran dan teka-teki, semua kumpulan berjaya menamatkan explorace dengan senyuman dan kepuasan menjelang jam 1.00 petang.
Terima kasih kepada pihak KKM atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua peserta yang sporting dan memberikan komitmen terbaik!
Inilah bukti bahawa bila strategi, teamwork dan fun digabungkan, hasilnya luar biasa!
Pertanyaan & Pendaftaran
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
Email:
sales@advancesynergy.com.my
hr@advancesynergy.com.my
Iedayu@advancesynergy.com.my
Phone:
013-388 1716 & 019-3661716


























