Suatu momen yang penuh dengan gelak tawa, tenaga dan semangat berpasukan!
Program Team Building Explorace bersama Ruqyah Syifa kali ini berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana alam semula jadi yang mendamaikan di Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali. Seramai 50 peserta, dibahagikan kepada 5 kumpulan, telah memberikan komitmen luar biasa sepanjang aktiviti explorace yang mencabar minda dan menguji kerjasama pasukan.
Di bawah kendalian Master Trainer, En. Taufiq, serta sokongan padu daripada fasilitator hebat Advance Synergy, setiap checkpoint berjaya dihidupkan dengan aktiviti yang interaktif, fun dan penuh makna. Dari awal hingga akhir, jelas terpancar semangat teamwork, komunikasi dan leadership dalam setiap kumpulan.
Bermula tepat jam 3.00 petang, para peserta memulakan misi mereka dengan penuh strategi dan keterujaan. Walaupun diuji dengan cabaran dan teka-teki, semua kumpulan berjaya menamatkan explorace dengan senyuman dan kepuasan menjelang jam 6.00 petang.
Terima kasih kepada pihak Ruqyah Syifa atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua peserta yang sporting dan memberikan komitmen terbaik!
Inilah bukti bahawa apabila strategi, teamwork dan keseronokan digabungkan, hasilnya luar biasa!
Pertanyaan & Pendaftaran
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
Email:
sales@advancesynergy.com.my
hr@advancesynergy.com.my
Iedayu@advancesynergy.com.my
Phone:
013-388 1716 & 019-3661716






























