Dari Cabaran ke Kejayaan: Semangat Team Building yang Luar Biasa
Program Team Building (Treasure Hunt) bersama PUNB telah berlangsung dengan penuh energi, gelak tawa dan semangat berpasukan di Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali. Dalam suasana alam semula jadi yang mendamaikan, seramai 221 peserta yang dibahagikan kepada 21 kumpulan telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang luar biasa sepanjang aktiviti explorace yang mencabar minda dan menguji strategi pasukan.
Di bawah kendalian Master Trainer, En. Faaiz bersama sokongan fasilitator Advance Synergy, setiap checkpoint dijalankan dengan aktiviti yang interaktif, menyeronokkan dan bermakna. Program ini berjaya menonjolkan kepentingan komunikasi, kepimpinan dan teamwork dalam mencapai matlamat bersama.
Bermula jam 2.00 petang, para peserta memulakan aktiviti dengan penuh semangat dan strategi. Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan teka-teki, semua kumpulan berjaya menamatkan explorace dengan jayanya pada jam 6.00 petang dengan penuh kepuasan. Program ini membuktikan bahawa gabungan strategi, kerjasama dan elemen keseronokan mampu menghasilkan impak yang besar kepada pembangunan pasukan.
Siapa Patut Hadir
Program ini sesuai untuk organisasi, jabatan atau pasukan yang ingin meningkatkan kerjasama, komunikasi, kepimpinan dan semangat berpasukan dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
Hasil Pembelajaran
Peserta dapat meningkatkan teamwork, komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kepimpinan serta membina hubungan kerja yang lebih kuat dalam organisasi.
Pertanyaan & Pendaftaran
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:
Email:
sales@advancesynergy.com.my
hr@advancesynergy.com.my
Iedayu@advancesynergy.com.my
Phone: 013-388 1716 & 019-366 1716


































































